Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday, 13 September 2016

Berapa Kalori Kita Dah Ambil Hari Ini?

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari kedua umat Islam seluruh dunia melakukan korban sempena memperingati peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S ke atas anaknya, Nabi Ismail A.S. Seronok raya haji tahun ni sebab saya berpeluang untuk membawa anak-anak menyaksikan dan sekaligus berkongsi kemeriahan ibadah korban yang dilakukan oleh suami, keluarga dan penduduk-penduduk kampung yang lain semalam.


Kali terakhir saya tengok lembu kena sembelih masa saya sendiri buat korban 4-5 tahun lepas. Masa tu, Irfan pun kecik sangat lagi, tak faham pun kenapa binatang kena korban. Kali ni bila bawa dia pergi tempat orang buat korban, macam-macam soalan yang ditanya. “Kenapa lembu tu duduk situ mama?” “Kenapa lembu tu nak lari?” “Kenapa dia pegang lembu tu?” “Orang tu tengah buat apa?” “Lembu sakit tak?” ” Etc etc.. Banyak bebenor soalannya, tapi mama cuba jugalah jawab ikut skema jawapan budak 5 tahun. Harap-harapnya dia fahamlah.. 🙂


berapa kalori dah makan hari ni?


Dan syukur juga, sebab kami bukan saja dapat tengok ibadah korban, tapi terus dapat rasa daging korban yang disedekahkan oleh penduduk untuk dibuat kenduri. Makan nasi dengan gulai daging dan cicah ayaq asam..Perghh!! Sedap gilerr baq hang! Pandai sangat orang tu masak. Terasa kemanisan daging fresh dari lembu yang kena korban. My tummy was really happy  😀 :D. Semoga ibadah korban yang dilakukan oleh mereka semua diterima Ilahi dan dikurniakan ganjaran dan rezeki berlipat ganda sebagai ganti.


berapa kalori ada dalam nasi daging ni?


Setuju tak dengan saya…menu raya semuanya sedap-sedap kan? 😋😋


Tapi kalori dan kolesterolnya pun boleh tahan juga. Huhuhu. Tambahan pula, nasi gulai daging ni bukannya satu-satunya menu masa raya korban ni. Ada juga lemang, rendang, sup tulang, daging bakar, teh tarik, air sirap, kuih muih, maruku, kerepek,…haaa..kalau makan semua tu, ada berani nak kira berapa kalori kita dah ambil hari ini? 😀


Berapa kalori kita dah ambil hari ini?


Ingat ye..Sedap macam mana pun menu raya, kalau nak jaga kesihatan, tengok-tengok jugaklah ye dah berapa kalori kita dah ambil. Keep in mind, jumlah kalori dalam SEHARI yang diperlukan oleh seorang dewasa hanya 2000 ke 2500 untuk lelaki dan 1600 ke 2000 untuk wanita sahaja tau!


panduan jumlah kalori dalam setiap makanan


Katakan di pagi raya, kita dah makan kat rumah:

😋 Sebiji ketupat palas – 124 kalori

😋 Beserta rendang ayam seketul dan kuah – 148 kalori

😋 1 kuih tart nenas – 50 kalori

😋 1 biskut raya (secara am) – 25 kalori

😋 Dodol 1 biji – 71 kalori

😋 1 gelas teh tarik – 90 kalori

😋 1 gelas air sirap – 85 kalori

➡️ Total kalori yang diambil di rumah sendiri sahaja = 593 kalori 😱😱


Itupun kalau kita hanya rasa/makan/minum sebiji/segelas untuk 5-6 jenis juadah saja.


Lepas dah selesai korban, kita makan pula nasi putih dan gulai/rendang daging seperti di atas. Dah tambah lagi 262 kalori. Macam mana kalau hari panas, kita minum air sirap atau soft drink bergelas-gelas? Cuba kira berapa jumlah kalori….hehehe..


Kawan-kawan, ini baru cerita hari raya korban. Kalau raya puasa, lagi banyak kita makan agaknya sebab kita pergi kunjung-mengunjung ke rumah jiran dan saudara. Masa tu tuan rumah bukan hidangkan ketupat dan rendang sahaja, tapi ada juga lemang, soto, laksa yang sedap2 belaka? Mesti kita nak rasa semuanya juga kan? Kalau tak nanti, kempunan pula… 😅😅


Jadi, kalau lepas raya badan naik, kolesterol naik, gula naik…jangan buat-buat terkejut ye 😀


Cara mengelakkan badan atau kolesterol naik di musim perayaan


Kalau tak nak badan naik di musim perayaan ni, sila ambil sekurang-kurangnya alfalfa dan lecithin setiap hari.


  • Alfalfa – tumbuhan yang digelar sebagai “raja segala tumbuhan” ini mempunyai 1001 khasiat yang baik untuk badan termasuklah untuk membuang toksin dalam darah kita ni. Haa..jangan tak tau, banyak makan sangat boleh menambahkan toksin dalam badan sebab banyak proses yang badan nak kena lakukan untuk mencernakan makanan-makanan ni, especially kalau makanan tu tinggi lemak, tinggi gula dan sebagainya. Toksin kalau tak dibuang, akan menyebabkan berat badan susah nak turun. Kita rasa kita dah buat diet (kurang makan), tapi kalau berat tak turun-turun tu, ketahuilah itu disebabkan oleh toksin yang sudah berlambak dalam tubuh kita.

  • Lecithin –  Lecithin pula ada pengemulsi lemak. Dengan makan lecithin ni, lemak-lemak akan diemulsikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil, maka lebih mudah kalori untuk dibakar. Selalunya orang yang makan lecithin ni akan mudah berpeluh sebab pembakaran kalorinya lebih pantas bila molekul lemaknya lebih kecil. Jadi, kalau nak cepat kurus, kenalah amalkan lecithin ni. Tambahan lagi, lecithin bagus untuk kawal kolesterol (trigliserida) juga.

Selain lecithin, omega guard dan phytocol-st adalah 2 lagi adik-beradik untuk kawal kolesterol di musim perayaan ini.


  • Omega guard – Omega guard adalah asid lemak omega-3 yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh manusia. Ia adalah minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang boleh membantu bukan sahaja mengawal kolesterol dan darah tinggi, tapi juga bertindak untuk membantu menyokong kesihatan jantung dan juga sendi.

  • Phytocol-ST – Ini yang terbaik! Kalau nak halang kolesterol jahat (LDL) dari memasuki salur darah dalam badan, amalkanlah phytocol-st ni sebelum makan. Phytocol-ST ni ada fitosterol (lemak tumbuhan) yang akan mengambil tempat kolesterol dalam badan lalu menghalang kolesterol jahat dari makanan diserap ke dalam salur darah. Jadi, bila dah makan phytocol-st ni, tak payah lagi nak risau berapa kali ganda kolesterol akan jadi lebih tinggi.

bagaimana fitosterol menghalang kemasukan kolesterol jahat dalam badan


 


Supplemen-supplemen ni kalau dapat diamalkan setiap hari lebih baik. Bukan di musim perayaan sahaja. Maklumlah, orang Malaysia ni kan memang mewah dengan makanan sepanjang masa. Lebih mendukacitakan lagi, yang jadi juara obesiti, penyakit diabetes, jantung dan darah tinggi pun kita juga. Huhuhu.


Jadi, jagalah sentiasa pemakanan kita ya. Pilih makanan yang baik-baik dan jaga kuantiti yang diambil. Memang susah dah nak dapat zat yang mencukupi untuk badan dengan tabiat pemakanan seharian kita sekarang ni. Justeru, biasa-biasakanlah diri untuk top up nutrisi untuk kesihatan tubuh badan dengan vitamin semulajadi daripada Shaklee 🙂


Anyway, ibadah korban masih lagi berjalan sehingga hari Khamis ini. Selamat menjalani ibadah korban dan haji dan salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat dari kami di rahsiavitaminibu.com.


set kolesterol shaklee


 


Nak tanya atau pesan vitamin? Hubungi:


Fara Fadzil


SID: 860722


012-3579599


Ulu Kelang, Kuala Lumpur



Berapa Kalori Kita Dah Ambil Hari Ini?

Sunday, 11 September 2016

Destinasi Percutian Idaman - Perancis

I used to be an avid traveler. Saya memang suka sangat berjalan, mengembara ke negara orang. Dulu, masa saya seorang student.


I still love to travel… tapi sekarang, bila dah kerja, dah kawen, dah ada anak, dah banyak komitmen..priority untuk pergi bercuti selalu terpaksa letak kat nombor yang belakang2… Thus, my list of dream vacation destination is getting longer n longer 😁😁


Jika saya ingin bercuti, ke mana saya nak pergi?



Anyway, hari ni saya rasa macam nak share salah satu destinasi percutian yang sangat2 saya idamkan dan sangat2 dekat di hati saya iaitu la France or Perancis (soo cliché eh? 😜). Tapi, matlamat utama saya bukan nak pergi bercuti di Paris macam orang lain tau! I actually would like to walk down the memory lane that I created in Colmar, Toulouse, Grenoble and Nice with my beloved family 👨‍👩‍👦‍👦


Destinasi percutian impian - Peranchis


Sebenarnya, France umpama kampung halaman saya yang kedua. Saya menghabiskan lebih daripada 1/4 hidup saya di negara yang menyimpan potret Monalisa ini. Inilah tempat yang banyak sangat2 mengajar saya survival skill. Yang mengajar saya jati diri seorang Muslim, Melayu, Malaysian. Yang menyaksikan saya jatuh dan bangun semula. Yang menjadikan sebahagian daripada saya hari ini. Tahun 2016 ni, dah masuk 8 tahun saya balik ke Malaysia dan setiap tahun, terutamanya lepas dah kahwin ni, saya pasti mengimpikan untuk pulang ke ‘kampung halaman’ bersama keluarga.


Bukan apa, saya sebenarnya teringin untuk mereka kenal sebahagian daripada sejarah hidup saya. Nak mereka rasa apa yang saya pernah rasa. Nak menginspirasikan anak2 saya jika mampu. Nak menjadikan imaginasi dan fantasi mereka kepada realiti.


Bila saya bercerita pada suami dan anak2, “Haa..nilah kedai tarte au pomme (apple pie) yang sedapp yang mama selalu citer tu..” ➡️ saya boleh bagi diorang rasa macam mana rasa sedapnya apple pie tu instead of tunjuk gambar saja..🍎


Atau bila saya cakap, “Nak tau tak.. dulu mama terer main ski tau! Pernah tergolek2 jatuh macam filem hindustan lagi. Hihihi. Tapi, tak serik2. Kalau tak caya, ni haaa parut!” ➡️ Dan saya terus boleh bagi diorang rasa betapa bestnya salji (bukan setakat tengok frozen sejuta kali) dan tunjuk ajar diorang cara main ski..⛷


Main ski - grenoble


Atau sekurang-kurangnya, saya boleh bagi gembirakan mereka dengan keseronokan main luges atau buat snowman.. ⛄️


Destinasi percutian impian - Perancis


Saya boleh bayangkan bila saya bagitau mereka masa dalam perjalanan kami ke Colmar, “Dulu masa zaman mama belajar kat sini,  TGV 🚅 untuk pergi ke Strasbourg tak ada lagi. Nak sampai colmar, terpaksalah naik train slow TER 🚞 ni tau. Slow gilerr! 5-6 jam baru smpai dari Paris.”


Dan terutamanya, saya boleh tunjuk sendiri tempat tinggal saya dulu. Kalau di Grenoble, “Ni studio mama dulu..kalau winter memang sejuk beku, tapi bestt sangat view sebab pagi2 buka tingkap boleh nampak gunung Alps bersalji. Putih. Suci. Cantik sangat.”


Manakala kalau di Nice, saya bole cerita kat diorang “Mama tinggal kat Nice ni 5-6 bulan je for internship. Bilik sewa mama kecik sangat, macam stor je.. 9 sqm2!  Tapi, view dia.. MasyaAllah superb! Buka je tingkap bilik, mama terus boleh nampak Mediterranean Sea.. Allah memang sayangkan mama kan? Sebab Dia tau mama suka sangat laut so dia bagi mama bilik tu! Susah macam mana pun hidup masa tu, bila mama dapat tengok laut, mama tahu ada lagi yang lebih BESAR dari kesusahan yang mama rasai😊”


Fuhh..kalau nak reminisce semua ni, memang banyak sangat tak tercerita! Nak tunjuk semua pada mereka pun mungkin takkan mampu. Sebab ada certain activities hanya berlaku pada musim sejuk, ada yg lain hanya untuk musim panas sahaja.


Of course..Memanglah kalau boleh, bila dapat je peluang pergi ke sana, saya nak jejak semula ke setiap tempat yang saya pernah bermukim, tapi rasa-rasanya saya memang kena pilih kott!


Persediaan untuk percutian idaman saya


Saya target nak pergi sana tahun 2020 nanti which is in 4 years from now…insyaAllah. By then, it will be 20 years after I first stepped on a french soil. Priority buat masa ni nak pergi pada bulan 12 atau bulan 2 sebab nak tunjuk kat diorang at least ‘marche noel’ ataupun skiing. Since masa tu irfan n amsyar dah sekolah, so kne ikut cuti sekolah.


Destinasi Percutian Impian - Colmar


So, I need to prepare budget for 2 adults + 2 children (or maybe 3 atau 4 kalau ada rezki 😜). But, untuk rough calculation buat masa sekarang ni, let’s say saya pergi 4 orang dulu for 14 days…to visit all the 4 cities + Paris.. The budget will be as below:


Warning! Ini bukan percutian bajet sangat😁


💶 Flight tickets return CDG-KLIA (transit Amsterdam) estimated at RM3K (if lucky, boleh dapat lagi murah) x 4 = RM12K


💶 Train tickets and transportation (sewa kereta? TBD) estimated at 100euro/destination/pax (ni saya x cek kat SNCF lg) = 100€ x 5 x 4 = 2000€ = RM9K


💶 Hotels for 14 days estimated at 50€/day = 700€ = RM3150


💶 Food ➡️ dulu travel selalu bajet makan 15€/day, so kalau 4 orang utk 14 hari: 840€ = RM3780


💶 miscellaneous fees (contoh kalau nak main ski kena sewa peralatan or masuk mana2 attraction place kne bli tiket or nak beli souvenirs) budgeted 1000€ = RM4500


💶 money for contingency (who knows, kena pergi jumpa doktor ke, hilang passport ke, miss flight/train ke) budgeted 1000€ = RM4500


So, total semua:

RM12000 + RM9000 + RM3150 + RM3780 + RM4500 + RM4500 = RM36,900! 🤓🤓


Saya bundarkan jela jadik Rm40,000. Sebab maybe saya ada terlupa beberapa perkara yang patut masuk dalam bajet.


So, that means perbelanjaan percutian saya ni menelan belanja sehingga Rm10,000/orang. Kalau nak pergi lagi 4 tahun, maknanya saya kena ada simpanan RM10,000/tahun. Kalau murah rezeki dapat tambah ahli keluarga, budget pun kena tambah Rm10,000 jugak lagi untuk setiap kepala 😅😅


Waaa.. Bagi saya, banyak jugak duit yang nak kena simpan tu! Kalau nak harapkan semata2 saving dari gaji sekarang, saya kena korbankan saving2 untuk perkara lain, kena tahan diri beli shawl/baju baru, kena sekat selera nak makan sedap2, kena korbankan vacation plan untuk tahun2 sebelum itu dan banyak lagilaa yang kena dikorbankan. Huhuhu. 😭😭


Tapi, saya juga percaya bila Allah dah ilhamkan saya untuk buat sesuatu, Dia juga akan tunjukkan jalan cara untuk mencapainya. 😊😊


So, cara saya sekarang untuk menyimpan adalah dengan membina bisnes Shaklee bersungguh2! Kalau gaji engineer saya guna untuk bayar komitmen dan tanggungjawab, bonus Shaklee pula saya guna untuk tunaikan segala impian saya membahagiakan orang lain.


Saya pilih bisnes ni sebab ia adalah bisnes yang membantu orang lain dari segi kesihatan, masa dan juga wang! Dan saya yakin, lagi banyak saya bantu orang, lagi cepat doa saya dimakbulkan.


Ikut perkiraan saya, kalau saya berjaya naik rank coordinator bulan 12 ni, insyaAllah bonus Shaklee saya boleh cecah 5 angka/bulan. Menarik kan? Tak mustahil saya boleh balik kampung lebih awal daripada waktu yang telah dirancangkan 😉


Biiznillah.. anda yang tengah baca post ni pun tolong sama2 doakan ye! Aminn..


Saya pun sentiasa doakan agar segala impian anda tercapai 😊


By the way, jika anda mempunyai impian dan tengah cari kewangan nak realisasikan impian itu, jomlah kita bina #bisnesShaklee bersama2. Peluang untuk berjaya sentiasa terbentang luas jika anda berani untuk mencuba dan berusaha 😊


Oklah, saya nak sambung mimpi ‘balik kampung’ jap 😁


Sweet dreams! 💤💤Jangan lupa minum #vivix sebelum tidur ye untuk kekal #awetmuda 😊


Till then,


Fara Fadzil


SID 860722


012-3579599,


Bukit Mertajam


 



Destinasi Percutian Idaman - Perancis

Saturday, 10 September 2016

Tips Balik Kampung dan Bercuti Panjang dengan Selamat dan Senang Hati

Sebelum bertolak ke Pulau Pinang sebentar lagi, saya nak kongsikan beberapa tips balik kampung dan bercuti panjang dengan selamat dan senang hati. Almaklumlah, lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan sejak dari petang semalam orang dah berpusu-pusu keluar dari ibu kota untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Walaupun secara lazimnya, rata-rata orang Malaysia menyambut hari raya korban lebih bersederhana berbanding hari raya puasa, namun memandangkan pada tahun ini sambutan aidiladha jatuh pada hari Isnin dan dalam musim cuti sekolah pula, maka ramailah orang yang ‘memeriahkan’ jalan raya untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti 😀


Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk balik kampung atau pergi bercuti, meh kita baca dan amalkan tips-tips di bawah ini supaya perjalanan kita selamat dan dengan senang hati. 


Tips balik kampung dan bercuti panjang


Tips balik kampung dan bercuti panjang yang akan saya kongsikan di bawah ini diinspirasikan oleh poster cantik yang dikongsi oleh salwasaleh.com. Walaupun beliau buat poster ini sebagai pesanan khas semasa hari raya Aidilfitri, namun tips-tips ini sesuai diamalkan pada bila-bila masa kita balik kampung atau pergi bercuti. 🙂


tips balik kampung


Tips SEBELUM pulang ke kampung atau pergi bercuti


Pertama sekali, sebelum keluar rumah untuk balik kampung atau bercuti, amalkan tips-tips di bawah ini:


  1. Pastikan rumah dikunci dengan selamat dan kalau ada, pasang CCTV. Maklumlah sekarang ni, ramai sangat yang hidup dalam keadaan terdesak dan mengambil kesempatan sewaktu musim cuti untuk pecah masuk rumah. Jika ada pengawal keselamatan atau jiran yang tidak ke mana-mana, maklumkan ketiadaan anda kepada mereka supaya mereka boleh tengok-tengokkan keadaan rumah.

  2. Pastikan kunci pendua diletakkan disimpan di tempat yang selamat. Jangan letakkan di tempat yang mudah dilihat atau dijangka oleh orang lain.

  3. Matikan semua suis dan barang elektrik. Untuk lebih penjimatan, ambil langkah untuk mencabut sekali plug-plug barang elektrik -astro, tv, periuk nasi, charger, mesin basuh, ubat nyamuk elektrik dan lain-lain. Biasanya, saya hanya tinggalkan plug peti ais sahaja kerana masih ada bahan mentah yang disimpan.

  4. Kemas beg dengan baik untuk jimat ruang, Untuk hujung minggu tiga hari seperti hari raya aidiladha ni, kami hanya bawa dua beg (untuk 4 orang). Satu beg pakaian dan satu beg susu (untuk anak).

  5. Kalau anda menaiki kenderaan awam, jangan lupa kunci jam. Nanti, tertinggal pula keretapi, bas, kapal terbang yang perlu anda naiki. Rancang awal perjalanan dari rumah agar anda mempunyai cukup masa untuk sampai ke stesen dengan tenang.

  6. Ohh..jangan lupa tiket dan passport sekali ye! Sebelum kunci rumah, pastikan anda double-check dua perkara penting ini. Saya ada seorang kawan yang terpaksa membatalkan perjalanan ke Singapura gara-gara passport tertinggal dan hanya menyedarinya semasa sudah sampai di lapangan terbang. Huhuhu. Sedih! Bukan dekat-dekat nak patah balik rumah.

  7. Saya juga selalu pastikan rumah berada dalam keadaan bersih dan kemas sebelum bertolak. Pinggan semua dibasuh. Kain semua dilipat. Dan tiada sampah sarap yang ditinggalkan. Kalau tidak, nanti lepas balik dari bercuti, bukan saja penat dan stress dengan traffic jam, tapi ditambah lagi dengan stress dengan keadaan rumah yang berbau dan tidak terurus.

  8. Untuk para peniaga online, saya sarankan juga untuk buffer atau schedulekan post facebook/instagram/blog anda siap2. Maklumlah, bila bercuti ni kita lebih sibuk dengan aktiviti lain daripada nak menghadap laptop ataupun handphone. Buatnya kampung atau tempat kita bercuti tu takde line, haaa..kan dah susah tu!

Tips jika memandu balik ke kampung/destinasi percutian


Untuk yang memandu pula, ini tips-tips khas untuk anda:


  1. Pastikan kereta dah diselenggarakan sebelum bertolak atau berada dalam keadaan yang selamat. Kalau ada pilihan, elakkanlah membawa kenderaan yang dah berusia sebab kita tak boleh jangka ragam, sakit demamnya. Dah berkali-kali juga saya terjumpa kenderaan yang tersadai di tepi-tepi highway sebab panas enjin atau tak pasti apa rosaknya. Kesiann sungguh.. lagi kesian kalau tengok keluarga yang ada anak kecil terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik atau hujan.

  2. Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Biar lebih jangan kurang. Kalau tiba-tiba habis minyak tengah-tengah hutan kan naya tu! Huhuhuh.

  3. Patuhi had laju selamat dan elak saman. Destinasi yang kita nak pergi tu takkan ke mana-mana. Jadi, pandulah dengan berhemah dan ingat sekali keselamatan penumpang anak bini yang ada dalam kereta dan pengguna-pengguna lain di jalan raya.

  4. Lorong kecemasan hanya untuk KES KECEMASAN sahaja. Tolonglah jangan guna walaupun jalan raya sesak dan kenderaan bergerak lebih lambat dari siput. Mungkin ada kemalangan di hadapan yang memerlukan pihak ambulans/bomba untuk datang dan menyelamatkan keadaan. Jangan sampai kita menjadi penyebab pasukan penyelamat ini lambat sampai dan seterusnya mengakibatkan perkar yang lebih buruk terhadap mangsa.

  5. Jangan main handphone sambil memandu. Yelah..sekarang ni musim orang main pokemon, kat ceruk hutan mana pun kalau boleh nak cari pokemon tu. Bukan setakat pokemon, whatsapp, facebook pun janganlah layan semasa tengah memandu. Itu menandakan kita todak fokus 100% kepada pemanduan. Bahaya! Walaupun kita lalai hanya 1 saat, kita boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Tangan pegang stereng, bukan smartphone ye!

  6. Semua penumpang juga harus memakai tali pinggang kaledar. Anak-anak yang masih kecil kena duduk dalam car seat. Memang mencabar, tapi kalau nak selamat, kena buat.

  7. Mata kena sentiasa pandang jalan, bukan tempat lain. Ni tidak, walaupun kemalangan berlaku di jalan yang berlawanan arus, tapi jalan sendiri yang jem sebab semua orang suka tengok apa yang berlaku. Ish ish ish!

  8. Kalau letih dan mengantuk, berhenti rehat dulu. Minum dulu cinch tea or performance drink… InsyaAllah, mata kembali celik dan badan bertenaga untuk teruskan pemanduan. Atau kalau memang tak suka nak berhenti mana-mana sebab nak jimatkan masa perjalanan, lagi elok diminum sebelum bertolak.

  9. Simpan juga nombor-nombor telefon penting yang tertera di atas. Mana tahu, kita mungkin akan memerlukannya.

Haa..dah baca semua tips-tips di atas? Nanti jangan lupa amalkannya ye!


Anda dah bersedia nak memulakan perjalanan? Kami dah! Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Drive safe!


tips balik kampung dan cuti panjang


 


Till then, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


Pengedar Shaklee Ulu Kelang


012-3579599



Tips Balik Kampung dan Bercuti Panjang dengan Selamat dan Senang Hati

Sunday, 4 September 2016

Landmark Study: Produk Shaklee Selamat dan Berkesan Bukan Sekadar Omong Kosong

Kalau ramai orang kenal Kuala Lumpur kerana KLCC (landmark KL), kenal Paris disebabkan Eiffel Tower (landmark Paris).. orang juga akan merujuk kepada landmark study untuk mengenali atau mengakui sesuatu perkara atau kenyataan.


landmark study


Maka, Mr. Roger Barnett pun buatlah landmark study – bagi membuktikan produk Shaklee betul-betul selamat dan berkesan, bukan sekadar omong kosong.


Ada 5 points penting tentang landmark study ini yang perlu diketahui:


Landmark Study Shaklee


🌿KENAPA IA DILAKUKAN?



Semua orang boleh mengatakan supplemen mereka adalah yang terbaik (FACT). Tapi, tak ramai (atau tiada?) yang boleh memberikan bukti untuk menyokong kenyataan tersebut (FIGURE).


Seperti juga Shaklee. Testimoni keberkesanan vitamin Shaklee memang dah banyak bersepah-sepah. Ramai orang dah tahu dan akui termasuk dirinya sendiri tentang kenyataan yang Shaklee memang “sentiasa berkesan, selamat dan semulajadi,”. Tapi, tiada bukti saintifik yang kukuh yang dapat menyokong kenyataan tersebut.


Jadi, bagi membuktikan supplemen Shaklee adalah yang terbaik. CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett mahu satu kajian saintifik dijalankan yang akan memberi keputusan yang jelas tentang kenyataan itu.


🌿APA YANG DIKAJI?


Dalam kajian ini, 3 kumpulan (dengan 1000 org dalam setiap satu kumpulan) telah dibentuk  iaitu:
1️⃣Kumpulan orang yang tak makan vitamin
2️⃣ Kumpulan orang yang makan vitamin brand lain selain Shaklee
3️⃣ Kumpulan orang yang mengambil vitamin Shaklee


bagi melihat kesan hidup mereka ke atas pilihan untuk mengambil/tidak mengambil supplement dalam jangka masa panjang (20 tahun).


🌿 SIAPA YANG MELAKUKAN KAJIAN INI?


Sekumpulan penyelidik daripada University of California, Berkeley telah melakukan kajian ini. Ia diketuai oleh Dr. Gladys Block yang merupakan seorang epidemiologist yang terkemuka di Amerika Syarikat.


(FYI, epidemiologi adalah ilmu yang mempelajari dan mengkaji pola, faktor dan kesan sesuatu kesihatan atau penyakit dalam sesebuah kumpulan atau populasi manusia)


landmark study shaklee


🌿 BAGAIMANA KAJIAN INI DILAKUKAN?


Dr. Gladys Block mempunyai kuasa penuh ke atas segala ujian yang dijalankan. Keputusan ujian ini tetap akan disiarkan kepada awam walaupun ianya negatif dan merosakkan reputasi Shaklee. Jadi, walaupun Shaklee sendiri yang mahu landmark study ini dijalankan, ia tidak berkuasa untuk mempengaruhi keputusan ujian yang disiarkan.


🌿 DI MANA KAJIAN INI DISAHKAN?


Semua hasil kajian akan dianalisa dan diperiksa semula (peer reviewed) bila ia disiarkan. Jadi, semua keputusan yang diperoleh oleh UC-Berkeley tentang landmark study ini diakui dan disahkan semula oleh para saintis dari pihak ketiga dari seluruh dunia.



Nak tahu apa keputusan dari landmark study ini?


Mari kita lihat graf di bawah.


landmark study shaklee


Landmark Study Shaklee membuktikan kesihatan mereka yang mengamalkan Shaklee adalah lebih baik berbanding pengamal supplemen lain atau yang langsung tidak mengamalkan apa-apa vitamin


Graf di atas merumuskan perbandingan tahap kesihatan selepas 20 tahun antara 3 kumpulan iaitu:


  1. Kumpulan yang tidak mengamalkan vitamin (graf biru)

  2. Kumpulan yang mengamalkan vitamin jenama lain (graf merah)

  3. Kumpulan yang mengamalkan vitamin Shaklee (graf hijau)

Pelbagai ujian dijalankan termasuklah ujian kencing manis, serangan jantung, tahap kolesterol, risiko stroke dan lain2.


Berdasarkan graf ini, apa yang sangat jelas dapat dilihat di sini adalah:


  • Kumpulan yang mengamalkan Shaklee adalah kumpulan yang berada di tahap kesihatan yang terbaik kerana mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk mendapat risiko penyakit kronik. Tengok jelah. Semua graf hijau adalah paling rendah kecuali satu. So, jangan keliru dengan graf yang satu ni ye! Untuk ujian HDL (kolesterol baik), memang lagi tinggi lagi bagus! Dan kat sini, Shaklee masih yang terbaik kerana kumpulan yang mengamalkan shaklee adalah kumpulan yang mempunyai kolesterol baik yang tinggi.landmark study shaklee 3

  • Untuk sesetengah penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan stroke, kumpulan merah (yang mengamalkan vitamin jenama lain) mempunyai risiko lebih tinggi daripada kumpulan yang langsung tidak mengamalkan apa-apa jenis vitamin! Mengejutkan bukan? So, awas ye! Yang mengamalkan vitamin brand lain selain Shaklee, semoga anda dijauhkan dari risiko sebegini.. Kalau anda mahu bertukar kepada yang terbukti lebih selamat, anda boleh bertukar kepada Shaklee 🙂landmark study 4

Yang belum mengamalkan vitamin lagi, bagaimana pula? Jangan teruskan tabiat itu lama-lama tau! Kajian dah menunjukkan, walau sebaik mana pun pilihan pemakanan kita seharian dan sebagaimana disiplinnya kita amalkan cara hidup sihat, kita tetap memerlukan makanan tambahan untuk melengkapkan keperluan zat kita seharian. Jika tidak, kita juga tergolong dalam kumpulan yang berisiko mendapat penyakit kronik pada masa akan datang. Kalau dah nekad nak ubah, baguslah.. tapi, pastikan pilih vitamin yang terbaik!


Tahu kan yang mana satu?  Jawapannya, Shaklee laa 😀


Jangan pilih lain tau! Kalau diorang takde landmark study, risiko anda kena tanggung sendiri.. 🙁


landmark study shaklee


Tunggu apa lagi tu? Hubungi saya di 012-3579599 untuk bertukar kepada Shaklee sekarang 🙂


Changing brands can change your life! Do it now 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


012-3579599



Landmark Study: Produk Shaklee Selamat dan Berkesan Bukan Sekadar Omong Kosong

Sunday, 14 August 2016

Formula 70/30 Mencipta Kekayaan

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan “Formula 70/30 Mencipta Kekayaan.”


Formula mencipta kekayaan


 


Formula ini saya dapat dah lama. Tak silap saya, dari salah satu komen di page FB “Mudahnya Menjemput Rezeki”. Banyak tips-tips untuk membina kejayaan dan kekayaan yang menarik yang dikongsikan oleh netizen di situ termasuklah formula 70/30 ini yang saya copy masuk ke dalam note handphone saya.


Dan sekarang, saya ingin kongsikan kepada anda semua pula agar kita sama-sama dapat manfaat. Dan sebarkanlah ia semoga lebih ramai mengetahui tentang formula hebat ini.


Saya tak tahu siapa penulis asal formula ini. Jadi, sekiranya beliau terjumpa artikel saya ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mohon dihalalkan ilmu yang bakal saya kongsikan di bawah ini. 🙂


Formula 70/30 Mencipta Kekayaan


Formula atau teknik 70/30 ini adalah sesuatu yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup. Memang ramai (atau mungkin semua orang) nak kaya, tapi tak tahu bagaimana tekniknya. Jadi, jom baca apa dia formula 70/30 menjana atau mencipta kekayaan ni sebenarnya…


Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:


  1. 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup, anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ia mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

  2. Manakala, baki 30%, akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

Sebagai contoh, jika gaji anda adalah RM2000 sebulan:


  • Hanya RM1400 (70%) sahaja boleh digunakan untuk berbelanja pada bulan tersebut.

  • Dan baki RM600 (30%), gunakan ia untuk mencipta kekayaan dengan membahagikannya seperti berikut:
    • 10% yang pertama (RM200), anda gunakan untuk kebajikan, sama ada menolong orang tua (ibu bapa), anak yatim dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan digandakan dan membawa kebahagiaan.

    • 10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, ikuti program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

    • 10% terakhir (RM200), anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.


 


Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah


  • RM175,000 (selama 20 tahun)

  • RM525,000 (selama 30 tahun)

  • RM1.4 Juta (selama 40 tahun)

Formula 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik di atas untuk masa depan anda.


Tetapi, tidak semua orang akan ikut walau berapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.


Saudara, jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, amalkanlah Formula 70/30 mulai hari ini. Semoga bermanfaat.



 


 


Saya tahu, mesti ramai yang teruja bila melihat jumlah yang boleh kita simpan jika kita dapat mengamalkan formula ni kan?


Namun, mesti ada juga yang mengeluh kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang terpaksa melupakan hasrat untuk mengikuti formula ini kerana perbelanjaan asas tidak lagi dapat dikurangkan.


Jangan gundah saudara saudari. Kalau kita tak boleh kurangkan perbelanjaan, kita masih ada pilihan untuk menambah pendapatan. Tuhan dah janji, asalkan kita berusaha, pasti ada rezeki yang menanti kita. Buatlah apa sahaja asalkan halal di sisinya. Carilah modal dan usahakanlah sebaik-baiknya.


Contoh kalau ingin menjadi pengedar sah Shaklee seperti saya, anda hanya perlu mengeluarkan modal yuran pendaftaran sebanyak RM68.90 dan kos pos business kit sebanyak RM10.60 (Sem. Malaysia) atau RM21.20 (Sabah/Srwk) untuk mula berkongsi dan menyemai benih (baca: mendapat kepercayaan prospek/customer). Tak sampai seratus pun untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan di zaman segalanya di hujung jari ini, anda tidak perlu menyimpan stok untuk mendapatkan pelanggan.


Jangan risau jika anda rasa anda tak tahu apa2 tentang bisnes ini. Sebab semua orang yang telah berjaya pada hari ini, semuanya bermula dari kosong. Syarikat dan kumpulan bisnes menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong kita supaya kita dapat berjaya bersama-sama.


Bila dah semai benih, pokoknya haruslah sentiasa disiram, dibaja, dijaga sebaik-baiknya agar hasil yang lumayan dapat dituai sesuai dengan usaha yang telah kita curahkan. Mana tahu, walaupun niat asal hanya untuk tambah pendapatan, tapi bila income 4-5 angka dari bisnes ini dicapai, akhirnya anda berhenti daripada makan gaji untuk fokus kepada bisnes ini semata-mata. Tak mustahil ye! Sebab ramai yang telah membuktikannya! 🙂


Jika anda berminat untuk sertai kami, meh hubungi saya di 012-3579599. Nanti saya cerita lebih detail bagaimana nak realisasikannya 🙂


Till then, jom kita apply formula 70/30 ni! 🙂


Love,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


SID: 860722


Ulu Kelang.



Formula 70/30 Mencipta Kekayaan

Wednesday, 10 August 2016

7 tahun jerawat teruk di muka, masih adakah cara untuk mengatasinya?

Masih adakah cara untuk mengatasi masalah jerawat teruk di muka yang telah berlarutan sehingga 7 tahun?


Jawapannya, YA, ADA!


cara atasi masalah jerawat


Kalau tak percaya, meh baca testimoni kat bawah ni.. 🙂


https://instagram.com/p/BI4JFpLgjPe/


Alhamdulillah.. selepas mengamalkan Set Kulit Cantik Shaklee, wajah Cik Norizan kembali bebas parut dan jerawat.


Produk Shaklee mana yang beliau amalkan?


Mari kita tonton video ini pula 🙂


https://vimeo.com/114380024


Best kan? Walaupun agak mengambil masa tapi Alhamdulillah, setelah mengamalkan Vita-E Complex, Sustained Release Vita-C Plus, GLA Complex, Collagen Powder dan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite, Cik Norizan berjaya menghilangkan jerawat dan bekas parut yang dah 7 tahun menapak di muka. Biarlah lambat asalkan selamat. Kalau nak pulih dengan bahan2 semulajadi, prosesnya juga perlu berlaku secara secara semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya. InsyaAllah, kesan positif yang ditunggu-tunggu akan pasti tiba! 🙂


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk yang Cik Norizan amalkan, bolehlah hubungi saya di 012-3579599 ye! Walaupun sekarang terasa hodoh seperti katak puru, insyaAllah masih ada peluang bertukar menjadi secantik puteri raja! 🙂


Last but not least,


IMG_0053


Love,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


012-3579599


SID: 860722



7 tahun jerawat teruk di muka, masih adakah cara untuk mengatasinya?

Tuesday, 22 December 2015

Salon 100% Muslimah - Siti Salon Alzahrah

Kalau anda mencari salon yang 100% muslimah, datanglah ke Siti Salon AlZahrah. Highly recommended!


Salon 100% Muslimah - Siti Salon AlzahrahI wish I could share this review sooner… but biasalah, busy sesangatt kekononnya. Anyway, here it is…


Alkisahnya, sehari sebelum cuti Deepavali yang lalu, lepas selesai COD set detoks kepada seorang pelanggan, tiba-tiba teringin nak potong rambut. Aktiviti potong rambut ni dah jadi macam acara tahunan pulak sebab sejak 15 tahun yang lalu, hanya sekali setahun je pergi kedai untuk potong rambut. Haha.


So dalam 15 tahun tu, takde lagilah jumpa salon muslimah yang betul2 melekat di hati. Selalunya potong kat kedai cina, tapi ada ruang untuk muslimah. Ada sekali tu pergi kedai melayu, tapi kurang puas hati.


Sampailah aritu, sambil menyuap nasi makan tengah hari sambil google salon muslimah. Masa tu bateri 12% je. Tengok alamat Siti Salon Alzahrah ni macam familiar. Sri Rampai Business Park. Dekat Shaklee je kot ni, my first thought. Tapi, saya ni memang jenis taktau dan tak ingat nama jalan. So, i could not be sure 100%.


So, saya pun klik jgk “get direction” sampailah lg 1km nak sampai tetiba bateri kong langsung! Adoyaiii.. 😂😂


Tapi, memandangkan dah dekat sangat nak sampai..saya gigih jugakla cari kiri kanan lorong2 kat sri rampai business park tu. 2 3 kali jugak round sebab ada skip2 lorong.. And of course Siti Salon Alzahrah tu in one of the streets that i skipped previously! Alhamdulillahh…sampaii jugak! :)


Saya datang tanpa temujanji. Alaa..potong rambut je kann. Tunggu jelah kejap macam kat salon2 biasa tuu!! But sangkaan saya meleset ok! Siti Salon AlZahrah ni bukan salon rambut je tau. Tapi ada spa and facial jugak you!! Haa..masa tu macam orang mengantuk disorong bantal, terus rasa nak try servis2 lain yang disediakan!


https://www.instagram.com/p/_jqDXXAqC1curKlIrxIpWFbrl9gzjN9vqr1B00/?taken-by=farahida_fadzillah


 


Bukan apa…sebenarnya pagi2 lagi pada hari yang sama, saya memang dah call one of my favourite tukang uruts untuk mengurut satu badan. Malangnya takde rezeki, beliau sedang bercuti2 bersama keluarga di selatan Malaysia. So, I put the case at rest. Ingatkan, maybe next 2 3 months lagila kot jumpa dia.. Manalah nak tau tetiba bole terjumpa dengan Siti Salon Alzahrah ni!


Siti Salon Al-zahrah ni sebenarnya senang je nak cari. Kalau dekat area Sri Rampai tu, premis dia ni kat tingkat 1, sederet dengan Domino’s Pizza, Wahab’s Cendol, Open U, Klinik Sultanah Aminah etc etc.. Kalau dah tau pergi Shaklee branch, mesti senang nak cari Siti Salon AlZahrah ni. Bangunannya mengadap ke jalan besar opposite dengan Jalan Rejang smer tu.


Anyway, as I said, saya bukannya selalu pergi spa atau potong rambut. So, this review is based on my humble experience.. let’s check it out!


Masa saya baru nak melangkah masuk ke lif, saya berpeluang untuk berjumpa dengan pemilik salon tersebut, Puan Siti Hajar, yang sedang memindahkan peralatan dari cawangannya di Shah Alam ke Sri Rampai. Memang ramah orangnya. Beliau tanya sama ada saya ada call..masa tu barulah saya tau salon ni bukan calang2..kena buat appointment kalau nak datang. Kalau tak kena masa, terpaksa tunggu berjam2 pulak nanti bagi memberi prioriti kepada yang telah membuat temujanji.


Lif ke Siti Salon AlZahrah Sri Rampai


So kalau uols nak datang sini, eloknya telefon atau whatsapp dulu nombor yang tertera kat atas ni ye! :)


Sememangnya 100% Muslimah..


Siti Salon AlZahrah ini sememangnya 100% muslimah. Tiada lelaki dibenarkan masuk. So, bagi saya elok pergi sendiri atau dengan geng2 perempuan sahaja. Kalau encik suami yang jadik chauffeur, terpaksalah dia menunggu  kat mana2 restoran yang ada kat kawasan tu atau pergi mana2 atau balik rumah dan kembali semula untuk pick up bila urusan kita dah selesai. Almaklumlah, bila dah sampai kat salon ni, walaupun plan mula2 nak spend sejam je..bole jadi 2-3 jam!Macam sayalah! 😀


Sebabnya… Siti Salon Alzahrah ni bukannya semata2 salon rambut untuk muslimah sahaja tau! Mereka turut menyediakan perkhidmatan rawatan muka dan juga spa. Memang BEST!! Tu pasal saya yang pada asalnya hanya nak potong rambut.. Tapi, bila dah sampai, terasa nak urutlah, nak cuci rambut sekalilah. Last2 dekat 3 jam saya ‘stuck’ kt situ. Tu nasib baik tak buat facial sekali. Haha. Takpelah. Sekali sekala. Self reward. :)


Masuk sahaja ke dalam salon ini, saya dah rasa  “Waaaa!!” Lain benar dengan apa yang ada dalam kepala saya sebelum tu (yang fikir ianya hanyalah sebuah salon rambut).  Dari pintu masuk, kita akan nampak ruang yang sangat luas dan selesa. Ada ruang menunggu yang dilengkapi dengan sofa, majalah, buku dan tv. Masa saya datang tu TV Al-Hijrah yang sedang dipasang. Di ruang yang lain pula, ada cyber corner dengan dua komputer dilengkapi dengan internet. Not bad! Sambil tunggu giliran, nak blogging pun boleh ni…kata saya dalam hati  (tapi, saya tak buat laah.. :p) :)


Ruang menunggu Siti Salon AlZahrah Sri Rampai


Cyber corner dan foot scrub area di Siti Salon Alzahrah Sri Rampai


Saya pilih untuk duduk di sofa. Di situ terdapat pula ‘menu’ untuk servis yang disediakan. Masa tu barulah tau.. Oooo, ada macam2 servis rupanya! Best! Best! Bila ternampak ada body massage, terus saya bertanya kalau boleh nak buat sekali pada hari itu juga.


Menu Siti Salon Alzahrah


Alhamdulillah…memang rezeki saya sebab tiada customer yang sedang atau bakal datang mengurut pada waktu itu.


Servis urutan di Siti Salon AlZahrah


Servis body massage yang saya pilih dimulakan dengan scrub kaki terlebih dahulu. Ada tempat khas untuk aktiviti tersebut di ruang menunggu tu. Dan seperti biasa..saya pun jadi terover peramah dan interview mcm2 dengan pekerja di situ. Hihi. So, based on apa yang saya faham, Puan Siti Hajar ni ada buka akademi dan pekerja2nya adalah bekas2 pelajarnya juga. Menarik kan? Rasa macam yakinlah sikit sebab pekerja2 dia memang bertauliah dan mendapat tunjuk ajar dari pemilik salon itu sendiri.


Lepas kaki di scrub/basuh, barulah saya ke bilik utk mengurut. Biasalahkan ruang mengurut memang dim2 aje lampunya.. Barulah client rasa tenang dan relax. Ada 2 jenis urutan yang disediakan. Urutan tradisional yang lebih kepada urutan refleksologi dan juga urutan bali. I’m not so sure what are the differences. Tapi kata mereka urutan refleksologi tu lagi kuat dan lebih fokus kepada ‘point’2 saraf whereas urutan bali pula lebih relaxing untuk hilangkan stress.


ruang spa di siti salon alzahrah sri rampai


Sebelum urutan dimulakan, saya diminta untuk membaca al-fatihah dan surah 3 qul. Semasa berurut pula qasidah dan zikir dialunkan. Lain sangat cara mereka kalau nak dibandingkan dengan spa2 lain yang saya pernah pergi sebelum ni yang selalunya memasang alunan muzik instrumental ataupun hanya senyap sunyi aje. Anyway, I like this difference. Very nice.. :)


Cara mengurut dia pun okla. Lega rasanya bila badan dapat diurut. Hilang rasa stress, urat2 pun rasa lebih longgar..takdelah tegangg je.. and badan pun rasa lebih ringan dan bertenaga.


Opposite dengan tempat spa tu pula adalah tempat untuk buat facial. Yang ni saya tak try. Tak cukup masa. So, buat masa ni saya rasa cukuplah dengan amalan set kecantikan shaklee dan masker ESP, collagen, vivix, vitamin c dan vitamin e. Itupun hasilnya dah cukup menggembirakan saya. However, the service looks very tempting. Yelah.. Mana nak sama orang manjakan dengan kita buat sendiri kan? InsyaAllah ada rezeki nanti nak cuba juga buat facial kat sini 😀


Ruang facial di Siti Salon AlZahrah


Body massage yang saya buat aritu ambil masa lebih dari satu jam. So since jam pun dah dekat pukul 5.30pm lepas abes urut tu, saya pun mintak break untuk pergi solat Asar. Tapi, saya tak payah pergi jauh pun..sebab kat situ memang disediakan ruang solat siap dengan telekung sekali. Suka! Suka! Toilet bersih. Surau pun terjaga. Telekung pun wangi je.


IMG_7196


Ruang solat di Siti Salon AlZahrah Sri Rampai


Dah solat, it’s time for my hair cut. Sementara menunggu tu, saya dihidangkan dengan minuman and some tidbits.  Oh ya! Since dalam salon ni semuanya muslimah, nak terus buka tudung bila sampai kat situ pun takde masalah. Rasa macam masuk rumah sendiri pun ada bila macam tu! 😀


Servis jagaan rambut di Siti Salon AlZahrah


Untuk perkhidmatan jagaan rambut pula, memang macam2 servis lah ada seperti salon rambut yang lain juga. Ada shampoo, ada hair treatment, ada warnakan rambut.. Tapi yang bestnya, semuanya syariah compliant. Saya tanya juga, kalau buat rawatan rambut dan kulit kepala ni diorang guna produk apa. Kata pekerja di situ, diorang buat sendiri..guna kulit kayu manis, minyak zaitun, etc etc (apa ntah lagi saya tak ingat). Semuanya berasaskan semulajadi dan sunnah. Kalau warnakan rambut, mereka guna inai. Bukan pewarna2 yang pelik2 yang dikatakan halal tapi tak diyakini boleh dibawa solat. Best kan? :)


Salon Rambut 100% Muslimah


Harga potong rambut bermula dari RM30 ke atas bergantung kepada panjang rambut. Cuci rambut pula bermula dari harga RM20 ke atas dan bergantung kepada panjang rambut juga. Saya hanya lakukan syampu dan potong rambut. Simple je tapi saya puas hati. Yang rawatan lain tu tak tahulah bila pula nak cuba. Maybe tahun depan bila saya rasa nak potong rambut lagi. Hihi. Sementara menunggu tahun depan tu, saya percaya dan yakin dengan kemampuan rawatan penjagaan rambut menerusi Set Prosante yang semulajadi dan bebas bahan kimia yang memang sudah saya amalkan sejak bertahun-tahun. Biiznillah…dengan set ni pun rambut gugur terkawal dan kelihatan sihat dan bermaya.


So, itulah dia overall experience saya di Siti Salon AlZahrah ni. Rasanya memang dah jatuh cinta pandang pertama. InsyaAllah, next time kalau perlukan khidmat rawatan rambut, muka dan spa pasti saya akan ke sini lagi. 😀


Lokasi Siti Salon AlZahrah


Kalau anda juga mencari-cari salon 100% muslimah, dan tak tahu nak pergi ke mana…cubalah datang ke Siti Salon AlZahrah ni. Berbaloi-baloi! Namun, hanya ada 4 cawangan di seluruh negara iaitu:


  1. Di Shah Alam – No 146, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor (03-55239211/019-5719053)

  2. Di Bangi – Unit B-17-1, Bangi Getaway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor (03-89120387/019-5719053)

  3. Di Sri Rampai/Wangsa Maju -No 15-1, Rampai Business Park South, Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai, KL (03-41316386/019-5719053)

  4. Di Seri Manjung – P9, Fasa 1C 3, Seri Manjung, Perak (05-6887570/019-5719053).

So, secara kesuluruhannya, saya bagi 4.2 bintang kepada Siti Salon AlZahrah ni! Anda bagi berapa pula? Jom share pendapat di ruang komen di bawah ye!


Akhir kata,


Perkarangan luar Siti Salon Alzahrah Sri Rampai


Till we meet again,


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


012-3579599



Jom sihat dan cantik dengan supplement semulajadi dari Shaklee. Dapatkan nutrisi terbaik untuk kesihatan kulit dan rambut anda dengan menghubungi 012-3579599 hari ini :)


 



Salon 100% Muslimah - Siti Salon Alzahrah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...